Saturday, October 3, 2009

Itukah kamu???

Jangan lihat aku dari luaran yang berseri. Sinar seri itu akan hilang juga bila aku menampi usia menghampiri hari tua. Ia sementara dan ia boleh membawa pudar rasa. Jika keunggulan wajah yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku dari kata-kataku yang bersahaja. Bait-bait kekata itu sebenarnya adalah pertahanan diri ku terhadap kekecewaan dan salah langkah mengenal manusia. Jika lidah manis bergula yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku pada gerak geri ku yang kurang engkau suka. Aku bergerak pada nada manja keselesaan ku. Aku ketawa pada takat gempar kegembiraanku. Aku menitiskan air mata picis pada sentuhan salju hatiku. Jika manusia kebal tanpa perasaan dan tinggi ego kelelakian yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku dari mata yang hina. Aku lebih mulia dari itu.

Friday, October 2, 2009

Pelik...

hari ini agak meriah jugak penulisan aku.tak tau kenapa aku dapat menulis sedemikian rupa.
ianya dtg dgn tiba-tiba.mungkin pengalaman dari perjalanan hidup aku.
dikeluarkan agar dapat berkongsi bersama rakan-rakan dan taulan.
wish me all the best...

Anggapan..

Kita tidak akan mampu hidup untuk memenuhi ekspektasi semua orang terhadap kita.

Diri kita sudah cukup lengkap untuk risau memikirkan faktor luaran sama ada ‘aku bagus di mata dia’, ‘aku cukup layakkah untuk dia’, ‘aku serasikah dengan mereka’, ‘beranikah aku seperti mereka’ dan pelbagai situasi lagi.

Harus diingat, tanggapan orang lain bukanlah titik penentu untuk nyawa kita minit seterusnya.

Mungkin akan ada kritikan yang boleh memangkin kita untuk terus berusaha memperbaiki diri, namun jadikan ia katalis bukan rongga jiwa yang membebankan.

Jikalau waktu-waktu ini kita bergerak, bernafas dan meneruskan perjalanan sampai hujung usia, dengan hanya memaksa diri untuk takut orang lain anggap kita sesuatu yang kita tidak mahu disamaertikan, fikirkanlah, ia salah.

Takdir aku kah??


Fikirkan sejenak..

Dulu aku fikir tidak mengapa aku simpan hasrat dalam diam, terbenam dalam-dalam di hati. Aku sendiri tidak tahu sebab aku masih mahu menanam harapan itu.

Bagai dalam gambar itu, biarpun teguh berdiri anjurannya, tetapi ia usang. Sudah hilang upaya untuk menjana kasih yang baru. Aku masih berdiri di sisimu, di sebelah kananmu dan dikau perlahan-lahan meninggalkanku. Daunan yang telah gugur, jasad yang kian berumur, tanda dikau membenarkan cinta kita terus terkubur. Tiada lagi dikau cambah untuk memarakkan perasaan lama.

Dan aku. Aku yang masih meniup api hajat ini, dibiarkan sendiri.

Cantik kan, jika kasih ini berterusan, jika kenangan itu dilawat sampai membuatkan kita tersenyum dan mahukan ia dicipta-ciptakan. Bagai dalam gambar itu, berlatar belakangkan langit lazuardi, terletaknya susunan rimbunan hijau melata, laut tenang yang terbentang entah ke ufuk mana. Indah.

Tapi seindah manapun gubahan perasaan dan seteguh manapun sesuatu harapan, jika tuhan telah menetapkan takdir, kita harus akur. Dikau sendiri kata, ini semua takdir dan dikau tidak tahu selama mana dikau mampu bertahan.

Dalam diam, di hujung harapan yang tertanam, aku mula melentur egoku, mengakui kenyataan bahawa tidak semua cinta bersatu. Dan kita tidak mungkin lagi seperti dulu.