Friday, October 2, 2009

Takdir aku kah??


Fikirkan sejenak..

Dulu aku fikir tidak mengapa aku simpan hasrat dalam diam, terbenam dalam-dalam di hati. Aku sendiri tidak tahu sebab aku masih mahu menanam harapan itu.

Bagai dalam gambar itu, biarpun teguh berdiri anjurannya, tetapi ia usang. Sudah hilang upaya untuk menjana kasih yang baru. Aku masih berdiri di sisimu, di sebelah kananmu dan dikau perlahan-lahan meninggalkanku. Daunan yang telah gugur, jasad yang kian berumur, tanda dikau membenarkan cinta kita terus terkubur. Tiada lagi dikau cambah untuk memarakkan perasaan lama.

Dan aku. Aku yang masih meniup api hajat ini, dibiarkan sendiri.

Cantik kan, jika kasih ini berterusan, jika kenangan itu dilawat sampai membuatkan kita tersenyum dan mahukan ia dicipta-ciptakan. Bagai dalam gambar itu, berlatar belakangkan langit lazuardi, terletaknya susunan rimbunan hijau melata, laut tenang yang terbentang entah ke ufuk mana. Indah.

Tapi seindah manapun gubahan perasaan dan seteguh manapun sesuatu harapan, jika tuhan telah menetapkan takdir, kita harus akur. Dikau sendiri kata, ini semua takdir dan dikau tidak tahu selama mana dikau mampu bertahan.

Dalam diam, di hujung harapan yang tertanam, aku mula melentur egoku, mengakui kenyataan bahawa tidak semua cinta bersatu. Dan kita tidak mungkin lagi seperti dulu.

2 comments:

  1. salam alias, salam lebaran.

    baru kini saya mengerti, perasaan awak dan takdir yang diutarakan di kotak ym.

    ya, jika takdir menentukan begitu, apa daya kita sebagai hambaNYA yang lemah ini... hanya usaha dan doa. untuk dia sejahtera dan untuk diri semoga bahagia.

    bukakan pintu hati, untuk menerima cinta dan kasih baru. mana tahu itu nanti yang akan lebih baik dan memberi bahagia yang awak cari.

    insyaAllah. hJ.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete