Wednesday, November 11, 2009

Biarku sambung..

Ku dengar ada jawatan kosong
untuk sang pencinta
pelukis pewarna jiwa
ku ingin jadi yang pertama
mengisi aplikasimu.

Tapi bagaimana aku tak tahu
aku sanggup menunggu
dari malam sampai ke subuh
hanya untuk mendengar
kata lukamu

aku hanya kedua
tidak seprtinya
kan menyakitimu
kan mengguris hatimu

derita yang kau tanggung
bila cinta tak berhubung tak perlu nak disanjung
kerna jiwa kosong

usah duduk termenung
usah asyik dilambung
ini bukan omong kosong
takkan ku biar lohong
biarkan ia terlopong
biar ku sambung
cintamu yang dibohong

Dia mencuri hatimu
dia merampas hidup ku
aku tetap setia
dia merobek hatimu
ku jadi pengubat lukamu
sungguh aku jujur

Saturday, October 3, 2009

Itukah kamu???

Jangan lihat aku dari luaran yang berseri. Sinar seri itu akan hilang juga bila aku menampi usia menghampiri hari tua. Ia sementara dan ia boleh membawa pudar rasa. Jika keunggulan wajah yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku dari kata-kataku yang bersahaja. Bait-bait kekata itu sebenarnya adalah pertahanan diri ku terhadap kekecewaan dan salah langkah mengenal manusia. Jika lidah manis bergula yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku pada gerak geri ku yang kurang engkau suka. Aku bergerak pada nada manja keselesaan ku. Aku ketawa pada takat gempar kegembiraanku. Aku menitiskan air mata picis pada sentuhan salju hatiku. Jika manusia kebal tanpa perasaan dan tinggi ego kelelakian yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku dari mata yang hina. Aku lebih mulia dari itu.

Friday, October 2, 2009

Pelik...

hari ini agak meriah jugak penulisan aku.tak tau kenapa aku dapat menulis sedemikian rupa.
ianya dtg dgn tiba-tiba.mungkin pengalaman dari perjalanan hidup aku.
dikeluarkan agar dapat berkongsi bersama rakan-rakan dan taulan.
wish me all the best...

Anggapan..

Kita tidak akan mampu hidup untuk memenuhi ekspektasi semua orang terhadap kita.

Diri kita sudah cukup lengkap untuk risau memikirkan faktor luaran sama ada ‘aku bagus di mata dia’, ‘aku cukup layakkah untuk dia’, ‘aku serasikah dengan mereka’, ‘beranikah aku seperti mereka’ dan pelbagai situasi lagi.

Harus diingat, tanggapan orang lain bukanlah titik penentu untuk nyawa kita minit seterusnya.

Mungkin akan ada kritikan yang boleh memangkin kita untuk terus berusaha memperbaiki diri, namun jadikan ia katalis bukan rongga jiwa yang membebankan.

Jikalau waktu-waktu ini kita bergerak, bernafas dan meneruskan perjalanan sampai hujung usia, dengan hanya memaksa diri untuk takut orang lain anggap kita sesuatu yang kita tidak mahu disamaertikan, fikirkanlah, ia salah.

Takdir aku kah??


Fikirkan sejenak..

Dulu aku fikir tidak mengapa aku simpan hasrat dalam diam, terbenam dalam-dalam di hati. Aku sendiri tidak tahu sebab aku masih mahu menanam harapan itu.

Bagai dalam gambar itu, biarpun teguh berdiri anjurannya, tetapi ia usang. Sudah hilang upaya untuk menjana kasih yang baru. Aku masih berdiri di sisimu, di sebelah kananmu dan dikau perlahan-lahan meninggalkanku. Daunan yang telah gugur, jasad yang kian berumur, tanda dikau membenarkan cinta kita terus terkubur. Tiada lagi dikau cambah untuk memarakkan perasaan lama.

Dan aku. Aku yang masih meniup api hajat ini, dibiarkan sendiri.

Cantik kan, jika kasih ini berterusan, jika kenangan itu dilawat sampai membuatkan kita tersenyum dan mahukan ia dicipta-ciptakan. Bagai dalam gambar itu, berlatar belakangkan langit lazuardi, terletaknya susunan rimbunan hijau melata, laut tenang yang terbentang entah ke ufuk mana. Indah.

Tapi seindah manapun gubahan perasaan dan seteguh manapun sesuatu harapan, jika tuhan telah menetapkan takdir, kita harus akur. Dikau sendiri kata, ini semua takdir dan dikau tidak tahu selama mana dikau mampu bertahan.

Dalam diam, di hujung harapan yang tertanam, aku mula melentur egoku, mengakui kenyataan bahawa tidak semua cinta bersatu. Dan kita tidak mungkin lagi seperti dulu.

Friday, September 4, 2009

insaf....

Kembali menjejak ke bumi serambi,
Mengharap agar ku temui diri,
Yang akan menghilang bila dilukai,
Mengharapkan masa akan mengubati...
Lama sudah aku mencari,
Untuk ku menginsafi dan ku menyesali,
Terleka dengan pandangan majazi,
Meneguk racun difikirkan suci...
Rupanya dosa yang menanti.

Tuesday, August 4, 2009

Lara hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah bahagia untukku, bahagia untukku
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku menatap dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Thursday, July 23, 2009

bagus nih..

Alasan2 yg mewajibkan korang menampar..

Kadang2 penampar itu perlu untuk menyedarkan seseorang yg tak sedar diri atau lupa diri atau memang sengal dan patut ditampar.

PINJAM DUIT : Dah la pinjam duit x reti2 nak bayar, malah dia hebohkan kata kite lak yg meminjam kat dia. Lepas tu siap upah org untuk mintak utang kat kite.
JUMLAH TAMPARAN : 8 kali tanpa henti.

PINJAM PAKAIAN : Memule pinjam baju, pinjam seluar, pinjam kasut. Masaalahnye pinjam ade yg pulang ade yg burn. Kalau pulang pun x reti nak basuh. Paling melampau bile die pinjam sodalam!
JUMLAH TAMPARAN : 22.5 kali laju2

PINJAM BILIK : Ni kire tahap menumpang la ni. Kesian sebab x de tempat nak beteduh. Tapi masaalahnye jadi cam bilik die lak, last2 kite yg kene kuar dari bilik. Mane taknye, semua brg2 die sumbat dalam bilik, dah tahap setor la pulak.
JUMLAH TAMPARAN : 9 kali siap dgn sekeh kepale!

PINJAM KERETA : Takde hal la kalau mmg perlu dan nak gune. Tapi masaalahnye dah hari2 pinjam bile mase kite nak gune kete sendiri? Pulak tu boleh die mintak kite isikan minyak pulak tu!
JUMLAH TAMPARAN : 15 kali berselang lima saat!

PINJAM AWEK : Memule kononnye sekadar nak mengaburi mate org tua yg pakse die kawin dengan pilihan mereka. Tapi masalahnye mak die pulak bekenan kat awek pinjam tu. Sudahnye nikah terus!
JUMLAH TAMPARAN : Tak lalu nak tampar dah, terajang terus skali gan wat smackdown!!!...

Pusing lol..

Bahana Kahwin dgn Programmer..


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or file name.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
Isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "

Wednesday, July 22, 2009

Jangan tension2..

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkatbebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer,bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Semantulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, akulagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Jenaka dicelahan Nasihat...
peace....

Monday, July 13, 2009

Kail

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu saja...
karena ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mualai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat
digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya...
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa,
apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan
terus hingga ke akhirnya...
Jika kamu memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik
untuk dirimu.
Mengenyangkan, Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain?..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu, Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkan dengan yang lain?..
terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.
kamu juga yang akan menyesal...
SEDIKIT RENUNGAN UNTUK TATAPAN KITA
ALIAS...

Sunday, July 12, 2009

Kehidupan ini...

Kehidupan ini bagaikan satu jalan yg lurus.andainya tersilap langkah,sukar utk kte mengulangi apa yg sudah kita lalui.begitulah kehidupan kita seharian.cubalah utk menjalani dengan sebaiknya.mungkin ada pahit dan manisnya didalam kehidupan seharian.tapi sume itu akan menjadi pengalaman buat kita.dan pengalaman itulah yg akan mendewasakan kita.
Kisah hidup aku sangatlah bermakna.hahahaha(belum masanya utk aku cerita).Kata orang,hargailah apa yg ada dan cubalah utk menerima segala kemungkinan yg akan berlaku dalam hidup kita.tapi apa plak kata haiwan?kata tumbuh-tumbuhan??.siapa yg pedulikan mereka??.itulah tugas jabatan alam sekitar..
Hari ini adalah permulaan aku menulis blog.aku tak tahu lagi motif sebenar aku menulis blog.tapi apa yg aku nampak,aku semakin pandai berkarya.mungkin ini lah kelebihan aku (dengan bangga nya) ( ' .. ' ) jangan mareeee......

Success


SUCCESS

Success means something different to each one of us.
But, it comes to those who are willing to work hard and who continue to be dedicated
to making their dreams come true.

Success means setting goals and focusing yourself in the right direction in order to reach them.
It means believing in yourself and constantly reminding yourself that you are
capable of achieving your desires.

But most of all, success is being who you are and feeling proud of yourself for every task and challenge that you face and conquer along the way.

BE THE BEST IN EVERYTHING!!!!

Learn more and ask why...

Caution!!!

Assalamualaikum.....
Ni first time aku menulis blog.hehehehe.....
Terasa janggal dan ingin berusaha utk terus menjadi seorang penulis.
Aku masih baru didalam arena ini.Mungkin ada sesuatu yg menyebabkan aku menulis blog ini.
sebenarnya tak de pape pun yg mendorong aku.semuanya atas kemahuan aku sendiri.
Mula-mula ni,idea belum cukup banyak utk aku terus mendeklamasikan blog aku ini.
tapi aku percaya yg suatu hari nanti,aku kan berjaya menulis blog yg hebat.aku yakin.
hahahahahah......