Thursday, February 18, 2010

Cerita cinta

Rintihan hati seorang sahabat.....aku karyakan didalam penulisan.kisah cinta yg penuh dugaan,
dilalui dan ditempuhi sehingga tiba saat dan ketika utk dia melupakan.

(luahan hati seorang sahabat):

Aku telah jatuh hati pd seorang kwn yg sama2 belajar di salah sebuah kolej di sekitar KL ini.aku namakan sebagai "Bunga"(semuanya bknlah nama sebenar).aku xtahu apa perasaannya terhadap aku,tetapi aku ikhlas menyintainya.Tetapi aku sedar siapa diriku ini.aku tiada hak utk memaksanya utk menyukai aku.cukuplah dgn perasaan aku shj yg syg kpdnya.Bunga sakit...aku kagum dgn kekuatan semangatnya yg sgt kuat .Bunga sedaya upaya bertahan utk melawan sakitnya itu.itu adalah ujian dr Allah.Aku juga akan berusaha utk memberikan semangat kpdnya utk terus kuat demi menghadapi segala ujian dr tuhan.Sebelum ini aku tak tahu yg Bunga sebenarnya sakit.aku mula rapat dgn Bunga sejak bulan 11 2008.sebelum ni aku hanya berkawan biasa jer.aku belajar di kolej itu selama setahun.kemudian aku melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti tempatan.
Mungkin anggapannya pada aku hanyalah sebagai seorang kawan baik,ataupun kawan istimewa sahaja.tapi bg aku,dia adalah hidup aku.aku tak akan memaksanya utk cintakan aku,tetapi aku berharap agar bunga bahagia dgn hidupnya dan menjalani kehidupan yang indah didalam hidupnya.kerna bagi aku,kebahagiaan dan kegembiraan Bunga adalah kebahagiaan aku jg.baiklah,aku suka akan perwatakannya yg agak comel itu.segala tingkah lakunya membuatkan aku sering tergelak dan tersenyum.aku syg pada Bunga,bila aku imbas kembali detik aku bersamanya,pernah aku tersenyum seorang diri.itulah keajaiban kata org.tetapi aku berharap biarlah ajal dan maut yg memisahkan aku dan bunga.andaikata takdir tuhan mengubahnya,aku akan redha.
Semasa aku dikolej,Bunga sudah pun berpacaran.aku muncul dlm hidupnya sebagai seorang kawan baik yg selalu menghubunginya,selalu berkongsi masalah,selalu berkongsi cerita,menemaninya disaat dia sakit dan bergelak ketawa bersama.Aku mulai rapat dan kerap menghubunginya,kalau tak silap pada tarikh 15 Nov 2008.Pada tarikh ini juga lah dia menceritakan masalah dia dgn teman lelakinya..aku hanya mampu memberikan semangat dan nasihat kepadanya...dia memberitahu aku bahawa dia telah putus(clash) dgn teman lelakinya..atas sbb2 tertentu..dan bunga selepas itu dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatannya itu..aku kerap menghubunginya...sehinggalah pada satu hari dr perkataan panggilan "awak" telah bertukar kpd "sayang"...
Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah tiba pada suatu hari.iaitu pada 6 April 2009 yg mana bunga memberitahu aku yg ex-bf nya ataupun Fadhil (bukan nama sebenar) menelifonnya utk meminta maaf dan berharap agar bunga kembali kepangkuaannya.aku tak mampu utk berkata apa.kerna ini melibatkan perasaan bunga.aku tak tahu apa keputusannya.cuma aku harapkan agar dia akan membuat keputusan yg betul dan bahagia dgn keputusannya.sebelum ni Bunga couple dgn ex-bf nya selama 4 tahun.bukan lah satu jangka masa yg singkat.bukan senang hendak melupakan org yg kita syg.lebih2 lagi telah bersama selama 4 tahun.masing2 dah kenal hati budi masing2.
aku akui yg aku hanyalah seorang insan yg muncul dlm hidup Bunga secara tiba2.siapalah aku utk berkata-kata.andainya dgn cara mengundur diri dr hidup Bunga adalah cara yg terbaik utk Bunga kembali kepada fadhil,aku akan lakukan.walaupun pahit dan pedih utk aku terima kenyataan itu,tapi inilah takdir.

Episod 2

Antara aku dgn bunga boleh dikatakan sedang mengalami satu situasi yg dipanggil berpacaran.Dia sayangkan aku dan aku juga syg kan dia.Kejujuran aku pada dia hanya tuhan yang tahu.Baiklah,semenjak aku "couple" dgn bunga,banyak sgt halangan dan dugaan yg terpaksa aku tempuhi dan menerima.Begitu juga dgn bunga.Tapi yg jelas sekali,situasi yg bunga tempuhi adalah amat pedih,perit dan berat sekali.Kadang2 dtg juga perasaan lemah semangat aku.tapi bila tgk balik pd kekuatan semangat bunga,aku menjadi lebih kuat.Bunga telah lama sakit dan perlu membuat pembedahan bg mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak diingini.Apa yg merunsingkan aku adalah,pembedahan yg akan dilakukan mempunyai peratus yg tidak memuaskan.Doktor cakap,kalau ingin membuat pembedahan,peratus utk selamat adalah sgt tipis.Iaitu 20% shj utk selamat dan 80% lagi berserah sahaja kepada tuhan.Bunga takut nak membuat pembedahan tersebut.Semenjak dia tahu yg peratus utk dia selamat adalah agak tipis,perangai bunga berubah.Bunga selalu diam,mengelamun dan banyak sgt berfikir.Pernah dia menangis dan beritahu aku bahawa dia tak nak dibedah.Aku tak mampu untuk lakukan apa-apa.Memandangkan itu adalah keputusan bunga,aku terima sahaja seadanya.andainya ajal bunga lebih awal,aku akan redha.Bunga beritahu aku yang dia tak nak mati dahulu.Belum puas lagi dia bergurau senda dgn Umi.Belum puas lagi dia bergurau dan bergelak ketawa dgn adik-adik.Dan bunga terlalu sygkan umi.Aku terima semua ini dgn hati yang terbuka.Aku memberikan semangat kepada Bunga.Aku juga meminta agar bunga membuat pembedahan tersebut.Bunga cakap dia takut.Aku hanya diam sahaja.Disamping itu juga aku menasihatinya agar jgn takut terhadap apa jua dugaan diatas dunia ini.Andaikata pembedahan itu tidak berjaya,mungkin ada hikmahnya.Semua aggota keluarga bunga sedah pun bertekad utk menerima apa sahaja dugaan yg bakal menimpa.Dan mereka juga redha andainya Bunga terpaksa meninggalkan mereka.Ajal maut di tangan tuhan.Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kehidupan kita selepas ini.Kita juga tak tahu bila maut akan datang menjemput kita.Aku dapat lihat yang bunga hanya diam dan terlihat titisan2 air mata mutiaranya menitis diatas tangannya.Aku tahu yang itu adalah pilihan yang amat sukar utk Bunga memilihnya.Akhirnya,bunga bersetuju untuk membuat pembedahan tersebut.Dalam hati aku hanya ada perasaan gembira dan takut sahaja.Gembira kerana bunga membuat keputusan yang bijak dan takut andainya berlaku sesuatu yang tak dijangkakan terhadap bunga.Aku juga takut kehilangan bunga.Bunga dimasukkan ke sebuah salah sebuah hospital disekitar bandar Kuantan.Masa untuk bunga membuat pembedahan telah tiba.Sebelum bunga dimasukkan kedalam dewan pembedahan,bunga menelifon aku.Dia memohon maaf andainya ada berlaku kekasaran,tersalah bicara dan minta dihalalkan segala makan minum sepanjang dia dengan aku.Sebenarnya ketika itu aku tersangatlah sedih sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa.hanya apa yang aku luahkan hanyalah,"Kuatkan semangat,bykkan berzikir,ingat Allah selalu,ingat ayah dan umi serta adik-adik dan saya sayang awak.".Kemudian Bunga dimasukkan kedalam dewan bedah.Pembedahan mengambil masa selama 13 jam lebih kurang.Alhamdulillah,aku mendapat mesej dari adik bunga yang mengatakan bahawa bunga selamat dibedah.dan kini bunga masih lagi koma.

Episod 3

Sejak aku bersama dgn bunga, byk sgt masalah, cabaran dan dugaan yg terpaksa aku hadapi.Aku pun xtau apa yg menarik sgt pada bunga ini kerana terlalu ramai yg cuba utk mendekatinya.Ada yg sampai menggunakan cara yg kotor.Iaitu menggunakan bomoh dan ilmu hitam.Alhamdulillah, bunga kuat utk hadapi semua itu.Bunga selalu memberitahu aku supaya jgn terlalu risau.Apa saja yg datang, kalau ianya bukan lah kehendak dari Allah s.w.t, insyaAllah semua itu tidak akan meninggalkan kesan.Apa yg penting bukanlah kerjasama,hehehhe...tetapi keyakinan dan kepercayaa kita kepada yang maha Esa.Aku percaya pada bunga, dan aku sgt yakin yang bunga boleh hadapi semua itu.Keluarnya bunga dari hospital,adalah suatu berita yang amat menggembirakan aku.Aku bersyukur kerana bunga telah selamat menjalani pembedahan yg pada mulanya tidak begitu yakin dgn pembedahan yg dijalankan.Alhamdulillah,umur bunga masih lagi panjang.

Bersambung.....

1 comment:

  1. tak sabar menanti sambungan kisah ini. Begitu tulus hatinya, menerima pahit dalam redha. Moga ada sinar bahagia...

    ReplyDelete