Saturday, October 3, 2009

Itukah kamu???

Jangan lihat aku dari luaran yang berseri. Sinar seri itu akan hilang juga bila aku menampi usia menghampiri hari tua. Ia sementara dan ia boleh membawa pudar rasa. Jika keunggulan wajah yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku dari kata-kataku yang bersahaja. Bait-bait kekata itu sebenarnya adalah pertahanan diri ku terhadap kekecewaan dan salah langkah mengenal manusia. Jika lidah manis bergula yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku pada gerak geri ku yang kurang engkau suka. Aku bergerak pada nada manja keselesaan ku. Aku ketawa pada takat gempar kegembiraanku. Aku menitiskan air mata picis pada sentuhan salju hatiku. Jika manusia kebal tanpa perasaan dan tinggi ego kelelakian yang dikau cari, tinggalkan aku.

Jangan lihat aku dari mata yang hina. Aku lebih mulia dari itu.

2 comments:

  1. aku tinggalkan dirimu jauh2 dari hatiku, tatkala engkau jua berpaling. berpaling menagih kasih yang lain. sedangkan aku setia mengasihimu, tidak secebis engkau gauli.

    aku tinggalkan dirimu lekas2 dari jiwaku, tatkala engkau lekas2 pergi dariku. tidak langsung berpaling untuk mendengar dan melihat yang benar.

    namun kenangan dan rasa riang pahitku bersamamu, akan kugenggam dalam ingatan kejap. takkan pernah aku tinggalkan, kerana engkau satu2nya kenangan manis dan engkau jua kenangan duka ku. duka yang manis.

    aku berlalu bersama kenanganmu, moga engkau mengerti, aku masih menyayangimu.

    ReplyDelete